Kelas Asas Keusahawanan

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.0 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Machan.

Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai ilmu keusahawanan (usahawan muda). Ia juga memperkenalkan maksud usahawan dan pelbagai jenis usahawan.

Pada kelas kali ini, peserta diberikan pendedahan kepada keusahawanan. Peserta diberi taklimat mengenai asas keusahawanan oleh Pengurus Pusat Internet Pekan Machan, Pn. Laila Bennet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali